Saturday 23 June 2012

Elaun & Kemudahan Perkhidmatan Awam


Salam,

Elaun & Kemudahan Perkhidmatan Awam, sumber kuasanya adalah Perintah Am Bab B dan Bab C, Pekeliling Perkhidmatan, Surat Pekeliling Perkhidmatan & Surat Edaran.

Nampak sangat rumit dan macam banyak perlu dibaca kalau nak faham. Pemahaman turun temurun dan amalan jabatan ada yang tidak jelas dan tidak teratur.

Sebenarnya Bahagian Saraan, Jabatan Perkhidmatan Awam dah cuba permudahkan untuk semua pengurus sumber manusia dan semua penjawat awam. Ni, cuba cari apa saja maklumat yang korang nak tentang apa saja elaun dan kemudahan di Direktori Elaun & Kemudahan Perkhidmatan Awam (Cuti pun kemudahan jugak)

http://www.eghrmis.gov.my/elaun_kemudahan/



taip je kat 'Carian' sebarang keyword, contohnya cuti barah, taip barah je (jangan tekan ENTER), terus search engine senaraikan sebarang topik yang mungkin berkaitan di bawah carian tu.

Selepas tu, pilih la yang mana satu topik yang korang nak. Akan terpapar satu rumusan ringkas dan padat untuk rujukan dan pemahaman korang. Senang, cepat dan tepat. kalau tak jelas jugak, baru la hubungi BPSM kementerian masing-masing. Kalau BPSM tak boleh settle, baru la hubungi Jabatan Perkhidmatan Awam ye.

Pastikan Arah Kiblat Yang Betul

Pernah ada isu arah kiblat?
Pernah tengok orang sembahyang dengan arah kiblat berbeza walaupun duk dekat2 je?
Pernah ada dlm satu kejiranan rumah A & B arah kiblat berbeza?
Pernah tak kiblat surau di aras pejabat anda berbeza dengan surau di aras lain?


Ye, tiap sorang guna kompas masing2, guna henpon pon ada. Tiap sorang dh guna koordinat yang betul. kalau yang pakai matahari tu suspen la skit.
ok, cuba semak arah kiblat di sini.... http://www.steprofit.com/arah_kiblat sama tak dengan arah kiblat yang anda guna sekarang?